Friday, July 18, 2008

HaYya 'aLa sOlaH...

wahai rakan2, mari lah kita sama2 hayati hadith ini...



tetapi hari ini kita sibuk dgn hal2 dunia.hingga leka,lupa dan alpa..
tidk salah jika ingn sibuk dgn hal2 dunia.mahupun berhibur di dunia.tetapi jgn lah kita lupa kita diturunkn didunia ini ada tugasan nya.jadilah seperti mana video clip ini...



tidak kira apa yg kita lakukan.pasti kan solat jgn di lupa kan...



solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
waAllahu 'alam... =D

Monday, June 2, 2008

Muslim Worior: Salahuddin Al-Ayubi

Siapakah sebenarnya Salahuddin?

Beliau adalah Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub, lahir pada 532 Hijrah/1138 Masihi di Tikrit, Iraq daripada rumpun bangsa Kurdis, meninggal pada tahun 589 Hijrah/1193 Masihi di Damsyik. Pengasas Daulah Ayyubiah dan bergelar Sultan Salahuddin, seorang pahlwan Islam yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib Kristian. Persoalannya, mengapakah suatu ketika dahulu 'Salahuddin Al-Ayubi' bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitulmaqdis ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah sedangkan beliau sendiri bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah daripada keturunan Kurdis, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersempadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu daripada bumi Palestin.Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitulmaqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin ketika pada penghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada serangan tentera Kristian Eropah.Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin bertindak demikian adalah kerana kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya' yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj. Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitulmaqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan. Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini."Alangkah baculnya ketua tentera Salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak Salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam. Bagi Salahuddin, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Friday, May 16, 2008

Soalan Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '

Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wednesday, May 14, 2008

al-Hadith: berlindung dari dosa & hutang

Dari Abu Hurairah r.a., (Hadis ini juga dari Qutaibah),
katanya:
"Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah SAW.,
lalu mereka berkata:
"Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan yang kekal abadi."
Tanya Rasulullah SAW.,
"Kenapa begitu?"
Jawab mereka,
"Mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa dan mereka dapat bersedekah sedang kami tidak dapat bersedekah. Mereka dapat memerdekakan budak, sedangkan kami tidak."
Sabda Rasulullah SAW.,
"Sukakah kamu kuajarkan kepadamu suatu amalan yang dapat memperoleh pahala orang-orang dahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? Dan tidak akan ada orang yang lebih mulia daripadamu, melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu."
Jawab mereka,
"Tentu, ya Rasulullah! Sudah tentu kami suka."
Sabda Rasulullah SAW., "Hendaklah kamu tasbih, takbir dan tahmid. (82) Masing-masing tiga puluh kali setiap selesai solat."
Kata Abu Shalih,
"Kemudian orang-orang itu datang pula kembali kepada Rasulullah SAW.,
lalu kata mereka,
"Kami dengar orang-orang kaya itu mengamalkan pula seperti amalan kami."
Jawab Rasulullah SAW.,
"Itu adalah kurnia Allah yang dikurniakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya."
( Abu Hurairah )
Bab - Solat
No Hadis - 551

al-Hadith:harta

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Daripada kalangan umatku ini, siapa yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?" Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapa yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?" Baginda bersabda lagi, "Harta sendiri adalah harta yang didermakan, disedekahkan kepada orang lain. Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa."

Berdoalah...


“ kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru hara pula, dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir,huru hara menjadikan tabah. Hebatksn ALLAH..” Semua ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini “ telah berkata jibrail: Wahai Tuhan Engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka ALLAH menjawab: biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya”
anas bin malik….